Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 21, 2009

DugaanNya

Semakin lama semakin byk dugaanNya terhadap diriku ini....akan tetapi setiap dugaan itu ada hikmahnya....aku sering duduk bersendirian memikirkan setiap dugaan itu....kdgkala godaan syaitan mengnggu diri ini dan menyebabkan aku tersasar dari jalan yg sebenarnya.......hanya tuhan saja tau rasa dan perasaan hati ini yg lemah lg hina

Monday, November 23, 2009

Majlis Pertunangan



Alhamdulillah pada 14/11/2009, hari Sabtu bersamaan 26 Zulkaedah 1430H majlis pertunanganku selamat dijalankan. Sejak hari Rabu lg aku n family bertungkus lumus menguruskan hal2 yg berkaitan majlis pertunangan ku ini.  Pada hari Jumaat tu pula aku ada Paper MAT108 di Puncak Alam dr pukul 8:30 pg - 10:30 pg.  Perh mmg otak aku berserabut pikirkan exam + majlis lg. Nasib baik family aku tlg kalo tak mmg biol kepala otak den....hehehehehehehe......Pada  hari Sabtu tu aku bgn awal giler (slalu bangkit lmbt hehehehehe) tuk kemas rumah (final touchup).  Walaupun aku adalah org yg ingin diraikan tp aku tetap gak mengangkat sofa, meja & mengemop lantai kerana bagi aku, aku tidak akan senang selagi melihat ada lg yg tak lengkap tuk majlis ini. Setelah selesai mengemas, aku bersiap/ bersolek.  Apabila siap bersolek n bersiap rapi ramai yg ingin bergambar n ambil gmbr ku. Perh pening kepala tgk flash kamera. Majlis dimulakan dgn doa selamat bg belah perempuan jer sempena (ish tak leh bgtau rahsia). Pihak lelaki tiba di rumah aku dlm pukul 11:30 pagi.....apabila dgr rombongan lelaki da tiba aku jd tidak keruan......sejuk tgn aku tu.......Selepas bakal ibu mertua ku sarung cincin di jari manis ku, aku berasa lega n tak percaya yg aku da bertunang.  Anyway ini adalah sedikit sebanyak gmbr2 dlm majlis aku tu.
                                                                gmbr 1 : bersama keluargaku


gmbr 2 : di dalam bilik ku                 



                Gmbr 3 : dlm bilik                                      Gmbr 4 : bersama tunangku

Wednesday, November 4, 2009

JUALAN T-SHIRT




Warna Hitam  (RM20)

I love M`sia (Size L)
I love Ipoh (Size M & L)

Warna Pink (RM20)

I love M`sia (Size M)
I love JB (Size M)
I love Klg (Size XL)


                                          Warna Putih (RM20)

                                           I love K.L (Size L)
                                           I love Klg (Size L)




Warna Hitam (RM20)

Proud To Be Malaysia (Size M)









*Kalau berminat utk membeli t-shirt sila hantar tempahan di email sy : nasirah_jannah@yahoo.com.my. Ini tidak termasuk dgn duit Pos Laju

Tuesday, November 3, 2009

Monday, November 2, 2009

Terlalu muda

Semlm (1 Nov 09) aku di panah dgn soalan ini, Ko da sedia ker tuk kawin ni??? Perangai ko mcm budak2 lg n kteorg tak yakin ko leh handle hidup bersama....... Bila difikir-fikirkan balik mmg la aku ni muda lg yelah bru masuk 21 tahun oktober lalu......mmg aku ni still terbawa perangai kebudak-budakan aku kerana kalo tidak akan sunyilah kehidupan ku........knp yg lain tidak boleh meletakan harapan yg elok utk diriku ini??? knp mesti letakan harapan yg tidak memberangsangkan utk diriku ini?? Secara jujurnye mmg aku tidak bersedia utk memegang pangkat/jawatan sebagai isteri yg solehah lg tp aku tidak mau jatuh ke lembah yg tidak diingini....maka itu sbb aku ingin berkahwin awal......mgkn selps kawin nnt bru aku bleh mendlmi lg perasaan dan hidup berdua......entah bila org boleh percayakan pada diriku ini.....kalo mcm ini susah la.....smpai mati nnt aku kene bergantung pd org lain dan tak bleh buat sendiri....aku ingin blaja sendiri tetapi tiada ruang kalo ada ruang pun sikit jer.....ya allah bantulah hamba Mu ini yg dlm kekusutan dan berikanlah hidayah Mu utk ku lalui semua ini dgn tabah

Monday, October 26, 2009

Citer PAPADOM

Pada 24hb Okt 2009 aku bersama-sama ibuku, abgku dan kakak iparku ke GSC Midvalley untuk menonton citer PAPADOM.  Seblom p tgk kteorg p mkn dulu n shopping perfume tuk mak sbb die nk sgt perfume so kteorg decide bw mak ke kedai perfume world n p pilih mana yg di berkenan. Perh da lama aku tak p midvalley last sekali aku p masa tahun 2006.  Itu pun org ajak p teman die berdating.

Seblom kteorg msuk tgk wyg satu perkara wajib yg perlu dilakukan ialah membeli air dan popcorn hehehehehe.
Citer ini bermula dgn lagu boria dan liriknya agak lucu juga. Citer ini mmg tangkap sedih juga walaupun sepjg citer ini lucu jer.  Pengorbanan seorg ayah tunggal terhadap anaknya sunnguh menyentuh aku kerana aku telah kehilangan ayahku sejak 19 tahun yg dulu dan yg menjaga aku ibuku sorg itu je.

Skrip2nya membuatku terkenang knp ada masa ibuku menghalang utk berbuat sesuatu krn die tdk mahu apa2 terjd pa diriku ini.Ada masa mmg rimas dgn tindak tanduk ibuku tp spt watak Miasara dlm citer ni yg rimas dgn ayahnya tp kte akan rindu bila die tidak manjakn lg kte bila kte da besar.  Citer ini mmg best la tmbh2 pula ada scene di UiTM lg la aku bangga.

Apa2 pun kte perlu menghargai setiap apa yg dilakukan oleh org tua kte krn apabila mereka tiada kte akan terasa sunyi dan akan merindui mereka.

Wednesday, October 21, 2009

Konvokesyen

Tahniah kepada rakan2 Kolej Unikop ku kerana telah konvo pada Istiadat Konvokesyen ke 71........terasa cemburu kerana mereka telah pun mendapat segulung Diploma. Jikalau aku tidak berhenti belajar dulu mungkin skrg ni aku sdg konvo......tetapi semua itu takdir......sekarang ini aku telah pun bekerja di UiTM selama 2 tahun dan alhamdulillah rezeki aku dpt keje walaupun hanya kelulusan SPM....Sekarang ini aku perlu bersemangat dan fokus pada pelajaran supaya dapat konvo pada Istiadat Konvokesyen ke 75......Insya- allah dengan izin Nya

Tuesday, October 20, 2009

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi staf pentadbiran FSPU


Pada 15hb Oktber 2009 fakulti telah menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk staf pentadbiran.....perh bulan syawal ni banyak bebenar jamuan/sambutan hari raya aidilfitri..... tak payah bazir duit p makan leh makan free di jamuan/sambutan yang diundang..... pada sambutan ini mereka sambut sekali hari kelahiran bagi staf yang lahir bulan Oktober.  Aku terima hadiah dari Timbalan Dekan Pelajar dan Alumni.  Syok giler sbb dapat makan macam2 dan gather dgn semua rakan seperjuangan.

Tak sampai hati

Kebelakangan ini ramai yang "mengharapkan" kepada diriku ini sedangkan aku tidak boleh memberikan apa2 harapan kepada mereka.......lidah ku kelu utk berkata-kata apabila berhadapan dengan mereka....moga2 mereka dapat yang mereka inginkan dan Tuhan memberi yang terbaik untuk mereka......

Sunday, September 6, 2009

Cahaya Cinta

Dia telah menentukannya
Kita bertemu dan bercinta
Inilah oh takdirnya bukan kerana harta
Inilah cahaya cinta

Pintu hatiku telah kau buka
Tak mampuku menafikannya
Kejujuran diberi kasih takkan terhenti
Ini bahagia yang ku cari

Sayangi daku
Peluklah daku
Janji denganku
Semai cinta nan satu

Tuhan menguji tak kan berhenti
Hanyaku pinta sama setia menjaga
Hingga ke alam syurga

Friday, September 4, 2009

Kerinduan

Sejak akhir2 ini aku merindukan zaman persekolahan dulu.  Mana taknyer, sekarang ni byk tanggunjwb yg perlu di pikul.  Kalo zaman sekolah dulu hanya fokus pada satu shj iaitu perlajaran.  Masa akan berlalu dengan pantasnyer dan tahu2 je aku sudah berada di alam dewasa yg byk liku yg perlu di hadapi.  Apa2 SMK (P) Bukit Kuda tetap di hatiku kerana disitu la aku blaja mengenali erti kehidupan sebenarnya.

Saturday, August 29, 2009

HUJAN

Pada hari 27hb Ogos 2009 bersamaan hari khamis.....hujan membasahi bumi dgn lebatnya disebelah petang..... da aku sempat mengambil gmbr utk menghilangkan rasa kesejukan......gmbr ni aku ambil di hadapan pejabatku........kirenye kte lalui bulan ramadan dgn rasa panas + hujan....tak terasa dahaga sgt kalo asyik panas jer.....

Thursday, August 27, 2009

Bulan Ramadhan

Pejam celik pejam celik tiba juga bulan ramadhan. Alhamdulillah kerana Tuhan masih memberi kte kesempatan utk menjalani ibadah ini. Bila tiba bulan Ramadhan baru la umat manusia nk jg amal ibadah knp tdk bulan-bulan lain. Pelik tapi itu la kenyataannya. Semoga semua amal ibadah kte diterima oleh-Nya.